Sunday 19 March 2017

NASI LEMAK CARA ORANG BERNIAGA

Assalamualaikum semua...

Perasan tak apa beza nasi lemak yang dijual dan nasi lemak yang kita masak di rumah?

Biasanya nasi lemak yang dijual lebih seroi... maksudnya tak melekit macam yang kita masak sendiri. Aruah bapa mertua Nurulsham dahulu berniaga nasi lemak. Aruah ambil alih tugas masak nasi lemak setelah aruah ibu mertua sakit kencing manis dan sentiasa tidak larat.

Oh... dah terlebih cerita pula... hehe. Oklah, hari ni Nurulsham nak perturunkan resepi nasi lemak aruah Tok Wan Hussein, ayah mertua Nurulsham.

1. Beras 4 cawan dibasuh dan ditos sehingga betul2 kering.
2. Santan cair 7 setengah cawan.
3. Halia, daun pandan, bunga lawang, kulit kayu manis
4. Garam secukup rasa.

Cara-caranya:

1. Masukkan santan cair, kulit kayu manis, halia, daun pandan, dan bunga lawang ke dalam periuk. Masak sehingga menggelegak.
2. Tuangkan beras  yang telah ditos tadi. Masukkan garam dan kacau perlahan.
3. Tudung periuk anda, masak dengan api sederhana sehingga beras kelihatan sedikit jernih.

Cara begini juga membuatkan nasi anda rasa sedap sangat. Anda cubalah buat di rumah ye.

Untuk sambalnya, aruah ayah mertua  Nurulsham akan masukkan sedikit ikan bilis sewaktu hendak blend campuran cili. Jadi sambal lebih berasa tanpa perlu masukkan serbut perasa.

Sekian dulu, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment